PEMULIHAN KHAS
PENGENALAN
Program
pemulihan khas untuk KBSR adalah satu rancangan pengajaran dan pembelajaran
khusus untuk murid yang menghadapi masalah pembelajaran dalam kemahiran
menulis, membaca dan mengira ( 3M ). Oleh yang demikian rancangan ini
menyediakan kegiatan yang alternative untuk mengatasi masalah tertentu dalam
kemahiran asas 3M. Langkah ini juga untuk mengatasi masalah murid buta huruf di
tahap 2 atau di sekolah menengah.
RASIONAL
Pelaksanaan
program ini menjadi satu harapan agar rancangan dan pembelajaran yang disediakan
dapat membantu murid mengatasi masalah buta huruf dan buta angka. Di samping
itu bertujuan dapat merangsang murid-murid menguasai kecekapan berbahasa dan
seterusnya memupuk budaya membaca.
MATLAMAT
1.
Mengenal
pasti buta huruf di kalangan murid
2.
Memberi
bimbingan kepada murid yang lemah
3.
Membimbing
murid ke arah proses pembelajaran yang betul
4.
Menyelamat
murid daripada buta huruf
5.
Membimbing
ke arah komunikasi yang berkesan dan seimbang
6.
Membentuk
murid berfikir secara teratur dan bijaksana
1.
Membantu
murid mengatasi masalah pembelajaran kemahiran 3M
2.
Memupuk
sikap positive terhadap pembelajaran dan mengembang potensi murid
3.
Menguasai
kemahiran berbahasa melayu sama ada secara lisan atau bertulis
4.
Membaca
dengan intonasi dan sebutan yang betul
5.
Mengeja
dengan tepat
6.
Memastikan
murid tahap 1 boleh menguasai 3M pada akhir tahun
7.
Memastikan
murid tahap 1 ada kesediaan belajar apabila melangkah ke tahap 2
8.
Menghapuskan
murid yang tidak dapat menguasai kemahiran
3M di tahap 2
9.
Menambah
rasa yakin diri dan sentiasa positif terhadap pelajaran
TEMPOH MASA
Pelaksanaan
ini dijalankan pada dua tahap
TAHAP 1 ( JAN- JUN )
Kelas ini
beroperasi secara intensif selama 6
bulan pertama persekolahan.
TAHAP 2
Kelas
lanjutan untuk murid yang masih tidak dapat menguasai kemahiran selepas tempoh
6 bulan. Di bawah program ini murid digalakkan membaca seberapa banyak bahan
bacaan dengan pengawasan dan bimbingan guru. Murid juga dibantu oleh rakan
sebaya yang dapat menguasai kemahiran membaca dan mengira melalui Program Rakan
Kongsi Membaca
KELEMAHAN
1. Murid
masih belum mengenal huruf atau abjad di mana bertukar huruf dan tidak dapat
membezakan huruf besar dengan huruf kecil
2.
Murid
kerap kali tidak hadir atau ponteng sekolah
3. Muridnya
terlalu agresif dan nakal. Ini kerana mereka tidak ada kawan di rumah atau
dikongkong oleh keluarga
4. Persekitaran
keluarga yang kurang sihat di mana tempat tinggal yang kurang selesa,
adik-beradik yang lemah dalam pelajaran dan ibubapa yang tidak endahkan tentang
pelajaran anak-anak mereka.
5. Sosio
ekonomi yang rendah dan tidak mencukupi untuk keperluan anak bersekolah
6. Kurang
perhatian dan kasih sayang keluarga. Ibubapa terlalu sibuk bekerjasehingga
anak terabai
7. Kurang
pemerhatian terhadap pengajaran guru. Murid banyak bermain semasa guru mengajar
dan kurang pengamatan
8. Pengajaran
guru yang kurang menarik. Pengajaran hanya bertumpu di dalam kelas. Tidak ada
penggunaan ABM langsung dan jika menggunakannya tidak menarik.
9.
Murid
lebih gemar membisu atau tidak mahu bercakap ketika proses pengajaran dan
pembelajaran
10. Tahap kecerdasan murid terlalu rendah. Daya ingatan murid lemah dalam
mengingati fakta yang diajar oleh guru.
PEMULIHAN KHAS
1.
Pemerhatian
yang lebih daripada guru-guru kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Mereka harus diberi pembelajaran yang khusus
2.
Ibubapa
perlu memberi perhatian terhadap pelajaran anak-anak serta bekerjasama dengan
guru.
3.
Menanamkan
minat suka membaca di kalangan murid. Murid boleh diberi ganjaran berbentuk
benda bagi setiap kali mereka berjaya menjawab soalan guru.
4.
Berjumpa
dengan ibubapa menceritakan tentang
tingkah laku serta perkembangan pelajaran anak-anak mereka.
5.
Mendisiplinkan
murid ketika proses pengajaran dan pembelajaran.
6.
Guru
kelas hendaklah menyediakan latihan pengukuhan yang berbeza antara murid pandai
dan lemah. Ia bertujuan untuk
membolehkan semua murid menguasai pelajaran.
STRATEGI SPESIFIK
1.
Memperkayakan bahan P&P dalam bentuk maujud,
bewarna-warni dan bersesuaian.
2.
Menggunakan
ABM yang menarik minat atau senang diingati dalam jangkamasa yang lama.
Contohnya…CD, huruf blok dan radio.
3.
Pengajaran
yang mengikut aras pengajaran murid dengan membentuk kumpulan bagi setiap aras
kemampuan
4.
Pelaksanaan
P & P di luar kelas dengan membawa murid belajar di pondok bacaan dan di
bawah pokok.
5.
Peruntukan
hadiah untuk murid yang rajin datang ke sekolah
6.
Pembelajaran
berkumpulan, di mana mereka berlumba-lumba untuk belajar dan saling membantu
jika ada masalah
7.
Melaksanakan
program mento-menti . Setiap guru dikehendaki mengambil seorang anak angkat
untuk membantu mereka dalam pelajaran.
8.
Mengadakan
lawatan sambil belajar ke tempat-tempat menarik seperti di Zoo, Taman Burung,
tepi pantai, Muzium dan Taman Buaya
PENILAIAN
Kejayaan
murid-murid kelas pemulihan khas dinilai dan diukur daripada pencapaian
objektif khas. Modul penilaian disediakan
dan sebaik-baiknya dinilai melalui rakaman bacaan untuk mengesahkan
prestasi.
Terdapat dua
tahap penilaian :
i.
Pra Pembelajaran
Bertujuan
untuk mengklasifikasikan pelajar kepada beberapa kumpulan kecil mengikut tahap.
ii.
Selepas Pembelajaran
Penilaian
akan diadakan 3 kali setahun mengikut takwim JPN
RUMUSAN
Casino Slot Machines - jtmhub.com
ReplyDeleteCasino Slot Machines – jtmhub.com. 안산 출장마사지 Copyright JTM 계룡 출장안마 Hub, 2000-2021. All 익산 출장마사지 Rights Reserved. Search 인천광역 출장샵 for related and similar content at JRM Hub. 순천 출장마사지