Friday 9 December 2011

Pengurusan pemulihan

PENDAHULUAN / PENGENALAN


        Program Pemulihan Khas adalah satu program khusus untuk murid Tahap 1 yang TIDAK mempunyai masalah pembelajaran namun belum menguasai kemahiran asas 3M dengan baik.

RASIONAL

        Pelaksanaan program ini adalah untuk mengatasi masalah murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran yang masih belum menguasai kemahiran asas 3M dengan baik kerana mereka inilah kumpulan berisiko keciciran dalam melanjutkan pelajaran dan juga merebut peluang kerjaya kelak.


VISI PEMULIHAN KHAS

        Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada murid-murid dengan keperluan khas ke arah kecemerlangan hidup sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara dan Falsafah Pendidikan Khas

MISI PEMULIHAN KHAS

        Menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada murid-murid dengan keperluan khas menjadikan mereka insan yang dapat berdikari, berjaya dalam hidup dan memberikan sumbangan bakti kepada masyarakat dan negara





OBJEKTIF  PERDANA

SEMUA murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran berupaya:

Membaca, menulis dan memahami perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah serta mengaplikasikannyadalam pembelajaran dan komunikasi harian.

Melakukan operasi asas matematik yang melibatkan               tambah [+] , tolak [-] ,  darab [x] dan bahagi [ / ]  yang mudah dan boleh mengaplikasikannya ke dalam kehidupan harian.



OBJEKTIF UMUM


Menyediakan pendidikan yang sesuai dan relevan kepada setiap murid

Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan dalam mengembangkan bakat dan potensi .

Menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi dan terkini mengikut keperluan semasa


Memastikan tenaga pengajar yang terlatih dalam bidang pemulihan khas






          

                                    Falsafah Pendidikan Negara

      Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada TUHAN. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia bertanggungjawab dan  berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara


                           
 Falsafah Pendidikan Pemulihan Khas

Ialah menyediakan peluang yang sama kepada kanak- kanak keperluan khas sama seperti yang telah diberi kepada kanak-kanak biasa untuk perkembangan psikososial yang seimbang. Falsafah ini diselaraskan dengan objektif memastikan bahawa sistem pendidikan itu dapat memenuhi matlamat utama negara ke arah melahirkan masyarakat yang bersatupadu , berdisiplin dan terlatih.
       

No comments:

Post a Comment