Saturday 10 December 2011

Contoh rancangan pengajaran linus tegar (pemulihan)


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Kelas                           :           Tahun 1 Kenanga                                Masa:      8.45 – 9.45 pagi (60 minit)
Tarikh                          :           24. 03. 2011 (khamis               Bilangan murid:          9 orang
Mata pelajaran             :           Matematik  - Linus Tegar        Purata Umur Murid     :           7 Tahun
Tajuk                           :           Nombor Bulat Hingga  1 – 10
Kemahiran                 :          
Kumpulan A               :           Menulis angka, 1 – 9
Kumpulan B                :           Membilang objek dalam kumpulan,  1 – 9
Kumpulan C    :                       Menyebut nombor, 1 – 9
Objektif                      :           Di akhir pembelajaran murid dapat:   
Kumpulan A               :           Menulis angka, 1 – 9
Kumpulan B                :           Membilang objek dalam kumpulan ,1 – 7.
Kumpulan C    :                       Menyebut nombor 1 – 5
BBM                           :
Kumpulan A               :           Papan putih, pen marker, kotak berpasir, kad bergambar, kotak salju,bola
                                                ping pong, Kad Nombor, Lembaran Kerja.
Kumpulan B                :           Alat tulis, kad angka(1 – 9), objek maujud yang boleh dibilang, kotak salju,
                                                Bola ping pong, lembaran Kerja.
Kumpulan C    :                       kad angka (1- 9), Kotak salju, Lembaran kerja.
           




Langkah Pengajaran:


Kumpulan


Kumpulan A

Kumpulan B

Kumpulan C

Set Induksi
(10 Minit)

Murid menyanyi bersama guru;
                                                “ No 1, Saya sayang ayah”,
                                                “ No 2, Saya sayang ibu”,
                                                “No 3, Sayang adik, kakak”
                                                “ No 4, Sayang semuanya”.

Langkah 1
(15 minit)


1.                Edarkan kad gambar kepada murid.
2.                Murid menunjukkan kad gambar yang disebut oleh guru.
3.                Tunjukkan teknik yang betul untuk menulis angka di papan putih. Minta murid menulis angka dengan jari:
- Di udara
- Di kotak berpasir
- Di belakang pasangan
Ulangi langkah1dan 2 untuk nombor yang lain.


Lembaran kerja:
Suaikan bilangan objek dengan angka yang betul.

Permainan – “Kotak Salju”
Jalankan langkah 1 – 2

Langkah 2
(10 Minit)


Permainan – “Kotak Salju”
Jalankan langkah 1 - 6


1.                  Soal jawab dengan murid tentang alat tulis yang dibawa dan berapakah jumlah alatan tersebut.
2.                  Secara berpasangan. Edarkan satu set kad angka kepada setiap pasangan.
3.                  Tunjukkan satu persatu objek maujud yang boleh dibilang.
4.                  Murid perlu membilang secara senyap semasa guru menunjukkan objek tersebut.
5.                  Kemudian minta murid menunjukkan kad angka yang betul.

Lembaran kerja:
Mewarnakan gambar mengikut arahan yang di beri.

Langkah 3
(15  init)


Lembaran kerja:
-        Menyambung garisan putus-putus


Permainan – “Kotak Salju”
Jalankan langkah 1 - 4

1.              Menyebut nombor 1 – 5
2.                  Tunjukkan kad angka 1 dan sebut nombornya, murid menyebut nombor yang di dengar.
3.                  Ulang langkah 2 dengan kad angka 2 – 5.
4.                  Tunjuk kad secara rawak dan murid menyebut nombor.

Penutup
(10 minit)




Contoh headcount M3 pemulihan


SEKOLAH KEBANGSAAN JELAWAT
16370 BACHOK, KELANTAN
2011

HEADCOUNT KELAS PEMULIHAN KHAS 2011

UJIAN SARINGAN /  PELEPASAN 2 KIA2M / PELEPASAN 1(IPP2M)

MATEMATIK TAHUN 3



SKOR

TARIKH

BIL
0-9
BIL
10-29
BIL
30-45
BIL
46-60

BIL
TH

Jumlah
Lulus

Baki
TOV
05.01.11
-
3



-
3
TARGET  (1)


2
1



3
UJIAN I
7.3.11

1
1
1

1
2
TARGET  (11)



1
1

1
1
UJIAN 11
15.5.11


1
1

1
1
TARGET (111)




1

1
0
UJIAN 111
12.9.11



1

1
0













BIL

NAMA MURID

TAHUN
MARKAH
TOV
I
- +
11
+ -
111
+-
1
NUR SHAHIRAH M. HANAFIAH
3 WAJA
25
57
+32
L



2
M. ADIL ILYAS
3 WAJA
15
28
+13
39
+11
52
+13
3
RAJA AMINUDDIN
3 WAJA
20
38
+18
47
+9
L

4









5









Contoh buku pengurusan kelas pemulihan khas


                                                  
PEMULIHAN KHAS


PENGENALAN

Program pemulihan khas untuk KBSR adalah satu rancangan pengajaran dan pembelajaran khusus untuk murid yang menghadapi masalah pembelajaran dalam kemahiran menulis, membaca dan mengira ( 3M ). Oleh yang demikian rancangan ini menyediakan kegiatan yang alternative untuk mengatasi masalah tertentu dalam kemahiran asas 3M. Langkah ini juga untuk mengatasi masalah murid buta huruf di tahap 2 atau di sekolah menengah.



RASIONAL


Pelaksanaan program ini menjadi satu harapan agar rancangan dan pembelajaran yang disediakan dapat membantu murid mengatasi masalah buta huruf dan buta angka. Di samping itu bertujuan dapat merangsang murid-murid menguasai kecekapan berbahasa dan seterusnya memupuk budaya membaca.


MATLAMAT


1.                   Mengenal pasti buta huruf di kalangan murid
2.                 Memberi bimbingan kepada murid yang lemah
3.                 Membimbing murid ke arah proses pembelajaran yang betul
4.                 Menyelamat murid daripada buta huruf
5.                 Membimbing ke arah komunikasi yang berkesan dan seimbang
6.                 Membentuk murid berfikir secara teratur dan bijaksana


                                                      OBJEKTIF

     


1.                   Membantu murid mengatasi masalah pembelajaran kemahiran 3M
2.                 Memupuk sikap positive terhadap pembelajaran dan mengembang potensi murid
3.                 Menguasai kemahiran berbahasa melayu sama ada secara lisan atau bertulis
4.                 Membaca dengan intonasi dan sebutan yang betul
5.                 Mengeja dengan tepat
6.                 Memastikan murid tahap 1 boleh menguasai 3M pada akhir tahun
7.                 Memastikan murid tahap 1 ada kesediaan belajar apabila melangkah ke tahap 2
8.                 Menghapuskan murid yang tidak dapat menguasai kemahiran  3M di tahap 2
9.                 Menambah rasa yakin diri dan sentiasa positif terhadap pelajaran





TEMPOH MASA

Pelaksanaan ini dijalankan pada dua tahap

TAHAP 1  ( JAN- JUN )

Kelas ini beroperasi secara intensif selama  6 bulan pertama persekolahan.


TAHAP 2

Kelas lanjutan untuk murid yang masih tidak dapat menguasai kemahiran selepas tempoh 6 bulan. Di bawah program ini murid digalakkan membaca seberapa banyak bahan bacaan dengan pengawasan dan bimbingan guru. Murid juga dibantu oleh rakan sebaya yang dapat menguasai kemahiran membaca dan mengira melalui Program Rakan Kongsi Membaca





       KELEMAHAN



1.                  Murid masih belum mengenal huruf atau abjad di mana bertukar huruf dan tidak dapat membezakan huruf besar dengan huruf kecil

2.                 Murid kerap kali tidak hadir atau ponteng sekolah

3.              Muridnya terlalu agresif dan nakal. Ini kerana mereka tidak ada kawan di rumah atau dikongkong oleh keluarga

4.       Persekitaran keluarga yang kurang sihat di mana tempat tinggal yang kurang selesa, adik-beradik yang lemah dalam pelajaran dan ibubapa yang tidak endahkan tentang pelajaran anak-anak mereka.

5.           Sosio ekonomi yang rendah dan tidak mencukupi untuk keperluan anak bersekolah

6.  Kurang perhatian dan kasih sayang keluarga. Ibubapa terlalu sibuk bekerjasehingga anak terabai

7.        Kurang pemerhatian terhadap pengajaran guru. Murid banyak bermain semasa guru mengajar dan kurang pengamatan

8.             Pengajaran guru yang kurang menarik. Pengajaran hanya bertumpu di dalam kelas. Tidak ada penggunaan ABM langsung dan jika menggunakannya tidak menarik.

9.                 Murid lebih gemar membisu atau tidak mahu bercakap ketika proses pengajaran dan pembelajaran

10.    Tahap kecerdasan murid terlalu rendah. Daya ingatan murid lemah  dalam mengingati fakta yang diajar oleh guru.



 STRATEGI PELAKSANAAN PROGRAM
                              PEMULIHAN      KHAS



 STRATEGI UMUM

1.                   Pemerhatian yang lebih daripada guru-guru kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Mereka harus diberi pembelajaran yang khusus

2.                 Ibubapa perlu memberi perhatian terhadap pelajaran anak-anak serta bekerjasama dengan guru.

3.                 Menanamkan minat suka membaca di kalangan murid. Murid boleh diberi ganjaran berbentuk benda bagi setiap kali mereka berjaya menjawab soalan guru.

4.                 Berjumpa dengan ibubapa  menceritakan tentang tingkah laku serta perkembangan pelajaran anak-anak mereka.

5.                 Mendisiplinkan murid ketika proses pengajaran dan pembelajaran.

6.                 Guru kelas hendaklah menyediakan latihan pengukuhan yang berbeza antara murid pandai dan lemah. Ia bertujuan  untuk membolehkan semua murid menguasai pelajaran.



STRATEGI SPESIFIK 

1.                   Memperkayakan  bahan P&P dalam bentuk maujud, bewarna-warni dan bersesuaian.

2.                 Menggunakan ABM yang menarik minat atau senang diingati dalam jangkamasa yang lama. Contohnya…CD,   huruf blok dan radio.

3.                 Pengajaran yang mengikut aras pengajaran murid dengan membentuk kumpulan bagi setiap aras kemampuan

4.                 Pelaksanaan P & P di luar kelas dengan membawa murid belajar di pondok bacaan dan di bawah pokok.
5.                 Peruntukan hadiah untuk murid yang rajin datang ke sekolah

6.                 Pembelajaran berkumpulan, di mana mereka berlumba-lumba untuk belajar dan saling membantu jika ada masalah

7.                 Melaksanakan program mento-menti . Setiap guru dikehendaki mengambil seorang anak angkat untuk membantu mereka dalam pelajaran.

8.                 Mengadakan lawatan sambil belajar ke tempat-tempat menarik seperti di Zoo, Taman Burung, tepi pantai, Muzium dan Taman Buaya  



PENILAIAN


Kejayaan murid-murid kelas pemulihan khas dinilai dan diukur daripada pencapaian objektif khas. Modul penilaian disediakan  dan sebaik-baiknya dinilai melalui rakaman bacaan untuk mengesahkan prestasi.


Terdapat dua tahap penilaian :

i.                    Pra Pembelajaran

Bertujuan untuk mengklasifikasikan pelajar kepada beberapa kumpulan kecil mengikut tahap.


ii.                  Selepas Pembelajaran

                              Penilaian akan diadakan 3 kali setahun mengikut takwim JPN



                           
                                       RUMUSAN              




 Semoga dengan pelaksanaan program pemulihan khas akan dapat membantu murid lemah dengan jayanya di samping membantu murid menguasai 3M dan mengurangkan murid lembam ini seminima mungkin. Selain dapat menarik minat murid dalam proses pembelajaran. Semoga suatu hari nanti Sekolah Kebangsaan Bakong tidak akan wujud kelas pemulihan kerana kesemua muridnya dapat menguasai 3M dengan cemerlang.